Tuesday , October 16 2018

Embun Mutiara

Embun dan Mutiara yang dilahirkan pada tahun yang sama dan sering dikenali sebagai kembar tidak seiras. Namun ternyata sikap mereka langsung berbeza kerana personaliti Embun suka mengarah, mengejar glamour dan bercita-cita untuk menjadi model terkenal. Manakala Mutiara bersikap mesra, rendah diri, bijak dan sederhana. Mereka tinggal di banglo mewah bersama ibu mereka, Athiera, pakcik saudara, Hadi dan pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat, Mek Nab. Athiera merupakan ibu tunggal yang masih cantik dan pandai mendidik anak-anaknya. Athiera mempunyai rahsia besar yang masih tersimpan kemas dari pengetahuan sesiapa. Embun yang pada mulanya berhasrat untuk mempergunakan Roni mulai jatuh cinta dan akhirnya mereka merancang untuk berkahwin. Namun, Embun memungkiri janjinya dengan kejadian yang mengaibkan apabila Embun dua kali berturut-turut lari dari pertunangan dan perkahwinan demi menghadiri ujibakat menjadi model. Mutiara menjadi galang ganti dengan terpaksa berpura-pura mengantikan Embun sebagai pengantin sehingga Roni sendiri akhirnya terpikat dengan keluhuran Mutiara dan mengahwininya. Mutiara mula tersepit! Apakah kesudahan kisah cinta tiga segi ini dan apakah rahsia yang Athiera simpan?
GENRE Drama
AIRED ON 2018
RATING U
STARRING EIRA SYAZEIRA,MAS MUHARNI,AWAL ASHAARI,NORMAN HAKIM,AIDA ARIS,ANNE ABDULLAH,NONISWARA /,KUZA /,SHARIFAH SHAHORA,NORZAM ZAM
PROGRAMMER / STUDIO NAME TV3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *